Wednesday, January 21, 2015

Sebab / Faktor Perebutan Harta

Terdapat banyak faktor penyebab, 1001 satu kemungkinan yang kadangkala terlalu remeh untuk dijadikan alasan. Walaupun sedemikian antara penyumbang utama sebab / faktor terjadinya perebutan harta pusaka simati adalah seperti berikut:




1. Kurang didikan agama – Keluarga tidak mendidik generasi akan pentingnya menuntut bahagian dalam harta simati melalui saluran yg betul apatah lagi mematuhi  hukum hakam agama yg termaktub dalam Al Quran dan Sunnah


2. Tiada kesedaran Agama  - tahu bahawa jika ingin mendapatkan hak sebagai pewaris keatas harta, mestilah mengikut bahagian yang dimaktubkan samada melalui wasiat (yg telah dibuat secara sah) atau melalui Faraid. tetapi atas banyak alasan, ia diingkari demi mendapatkan bahagian yang dituntut.


3. Tamak – tidak berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi atau tidak diperolehi


4. Iri Hati dan Dengki – Cemburu bila ada dikalangan ahli waris yang mendapat lebih dari yang sepatutnya samada dari bentuk wasiat, atau hibah dll dlm wasiat harta pusaka.




5. takut harta jatuh kepada mereka yang tidak berhak – mungkin simati mempunyai anak angkat dan tidak mempunyai waris keturunan yang sah, justeru anak angkat masih boleh mendapat harta dari simati dalam bentuk hibah.


6. Ada Agenda tertentu – waris yang merebut harta mungkin dalam kesulitan (perniagaan bermasalah, banyak hutang, tidak cukup sara diri, berjudi, cara hidup mewah) justeru mendapat hak yang sedikit tidak membantu, maka perebutan harta akan berlaku.


7. Dari Kalangan keluarga Bermasalah / bercerai – Jika simati seorang suami yang meninggalkan lebih dari seorang isteri dan perhubungan pula tidak didalam kondisi yang baik, atau terjadi penceraian antara pasangan dan ia tidak diselesaikan dengan baik.


8. Tidak sabar Menunggu proses pembahagian harta melalui cara yang sah. Ada ketika, walaupun wasiat telah dibuat, tetapi menunggu agar ahli waris semua berkumpul dan bersetuju, akan mengambil masa yang lama dan ini membuatkan sesetengah waris tidak mampu bersabar dan menunggu.


9. Tidak Mahu mengikut kaedah pembahagian yang telah dibuat oleh simati sebelumnya (wasiat) atau tidak bersetuju dgn kaedah pembahagian Faraid.



10. Malas Berusaha – tidak mahu bersusah payah mencari , mengumpul harta sendiri dan mahu mendapatkannya dengan cara yang mudah.

Tuesday, January 20, 2015

Penulisan, Penyimpanan dan Wasiat

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat Wasiat Islam

  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.


Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta di Brunei Darussalam

Mudah, Cepat dan Berpatutan

Kami ada menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. 


Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.

Monday, January 19, 2015

Harta Pusaka

Harta Pusaka ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta yang dapat dialih dan harta tak dapat dialih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang.

Pentadbiran Harta Pusaka penting bagi memastikan Harta Pusaka simati dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak terbiar begitu sahaja. Pentadbiran Harta Pusaka seharusnya diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan penganiayaan berlaku serta menghindari kerumitan waris terhadap harta pusaka itu.



Masalah Berbangkit dalam Pentadbiran Harta Pusaka
  • Tiada pelantikan Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka
  • Dokumen yang diperlukan tidak lengkap seperti ketiadaan Sijil Kematian, Sijil Faraid (bagi yang beragama Islam), dokumen berkaitan harta dan hutang (contohnya buku simpanan bank, geran kereta, geran tanah dan lain-lain).
  • Tiada kerjasama yang baik daripada waris simati. Waris simati tidak hadir ketika perbicaraan dijalankan.
  • Tiada persefahaman dan berlaku persengketaan di antara waris simati.
  • Tanggapan pentadbiran harta pusaka tidak penting dan menyusahkan.
  • Kurang kesedaran dalam perancangan harta pusaka.
  • Berlaku kematian berlapis yang mengakibatkan pentadbiran pusaka sukar untuk diselesaikan.
Jenis-jenis Harta Pusaka
  • Harta Pusaka Berwasiat (Testate)
  • Harta Pusaka Tidak Berwasiat (Intestate Estate)
Peranan Syarikat sebagai Pentadbir Harta Pusaka
  • Mewakili waris di Mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris.
  • Meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenalpasti Penghutang dan Pemiutang simati.
  • Melunaskan segala hutang simati kepada pihak-pihak yang berkaitan.
  • Pengagihan harta pusaka berdasarkan Hukum Faraid (bagi yang beragama Islam) atau Akta Pembahagian (bagi yang bukan Islam).

Sunday, January 18, 2015

Pentadbiran Harta Pusaka

Pengenalan Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, Daud Ismail & Company kini muncul sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang mampu menguruskan aset secara profesional. Selain daripada peramanahan Korporat, Daud Ismail & Company turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat serta pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan oleh AmanahRaya sentiasa memberi jaminan kewangan yang optimum kepada semua benefisiari serta ahli waris yang berhak.

Perancangan dan Pengurusan Perwarisan

Perancangan dan pengurusan perwarisan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ada yang beranggapan, perancangan dan pengurusan perwarisan hanya sesuai bagi individu berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan. Oleh sebab itu seluruh ahli masyarakat perlu memahami dengan jelas konsep perancangan dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah pengurusan harta daripada terus berlarutan.

Perancangan dan pengurusan perwarisan merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Perancangan dan pengurusan perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya.

Daud Ismail & Company menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat peramanahan yang pertama di Brunei, kami sedia membantu menyelesaikan kesulitan anda.