Showing posts with label Wasiat. Show all posts
Showing posts with label Wasiat. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Warisan Anak Angkat & Solusinya

Pertanyaan:-

Saya ada membaca sebuah artikel bahwa anak angkat tidak berhak mendapat warisan dari orang tua angkatnya. Jadi si anak ini dapat apa? Bagaimana jika dia diberi orang tua angkatnya? Ke manakah larinya warisan orang tua angkat?

Jawapan:

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Anak angkat statusnya berbeza dengan anak kandung. Dalam aturan islam, anak angkat yang diasuh orang tua angkat, nasabnya tidak berubah. Ertinya, dia masih menjadi anak orang tua aslinya. Kerana tidak ada hubungan nasab antara anak angkat dengan orang tua angkat maka tidak berlaku semua hukum nasab dalam hal ini. Salah satunya, tidak boleh saling mewarisi. Sehingga ketika orang tua angkat meninggal, anak angkat tidak boleh mewarisi hartanya, demikian pula ketika anak angkat meninggal, orang tua angkat tidak boleh menjadi ahli warisnya. Karena tidak ada hubungan saling mewarisi dalam hal ini.

Antara Hibah, Warisan, dan Wasiat

Hibah, warisan, dan wasiat adalah tiga bentuk perpindahan harta dari satu orang ke orang lain yang memiliki aturan berbeda.
Hibah: memberikan sesuatu kepada orang lain tanpa ada timbal balik (searah). Hibah hanya boleh diberikan selama orang yang memberikan masih hidup, sadar, dan tanpa paksaan.
Wasiat: Memberikan sesuatu kepada orang dan baru akan dilaksanakan setelah orang yang memberi ini meninggal dunia. Wasiat boleh dijalankan, dengan syarat:
  1. Tidak diberikan kepada Ahli waris
  2. Tidak boleh lebih dari sepertiga. Jika lebih dari seperti maka harus dengan persetujuan ahli waris.
Warisan: Pemindahan hak dari satu orang kepada orang tertentu, dengan porsi dan aturan tertentu, tanpa harus ada akad sebelumnya.
Dari ketiga jenis pemindahan kepemilikan di atas, anak angkat bisa mendapatkan harta dari orang tua angkatnya dengan dua cara: hibah atau wasiat. Sementara untuk warisan, dia tidak mendapatkan, kerana anak angkat bukan ahli waris.
a. Hibah
Pemberian orang tua angkat kepada anak angkatnya ketika dia masih sehat, dan dilakukan murni atas kemahuannya, termasuk bentuk hibah. Orang tua angkat boleh menghibahkan hartanya kepada anak angkatnya, sekalipun lebih dari sepertiga hartanya, dan meskipun tanpa persetujuan ahli waris yang lain. Dan yang sudah diberikan orang tua angkat, tidak boleh ditarik kembali oleh ahli waris. Karena harta yang sudah dihibahkan, telah berpindah kepemilikan.
b. Wasiat
Karena anak angkat bukan ahli waris, maka dia boleh mendapatkan wasiat dari orang tua angkatnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ، أَلَا لَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ

Sesungguhnya Allah telah memberi jatah warisan kepada masing-masing yang berhak. Ketahuilah, tidak ada wasiat untuk ahli waris. (HR. Ibnu Majah 2714)
Hanya saja perlu diperhatikan, wasiat ini maksimal sepertiga dari total harta yang ditinggalkan mayit.
Allahu a’lam

Sunday, February 1, 2015

Syarat Sah Wasiat

Pertama, terkait wasiat dalam bentuk meminta orang lain untuk mengurusi suatu hal semisal membayarkan utang, merawat anak yang ditinggalkan maka disyaratkan bahwa orang yang diberi wasiat tersebut adalah seorang muslim dan berakal. Kerana jika tidak, dikhawatirkan amanah dalam wasiat tidak bisa terlaksana dengan baik.

Kedua, orang yang berwasiat adalah orang yang berakal sehat dan memiliki harta yang akan diwasiatkan.
Ketiga, isi wasiat yang disampaikan hukumnya mubah. Tidak sah wasiat dalam hal yang haram, semisal wasiat agar diratapi setelah meninggal dunia atau berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada gereja atau untuk membiayai acara bid’ah, acara hura hura atau acara maksiat lainnya.
Keempat, orang yang diberi wasiat, bersedia menerima wasiat. Jika dia menolak maka wasiat batal dan setelah penolakan orang tersebut tidak berhak atas apa yang diwasiatkan.

Diantara Ketentuan Wasiat

Pertama, orang yang berwasiat boleh meralat atau mengubah ubah isi wasiat. Berdasarkan perkataan Umar, “Seseorang boleh mengubah isi wasiat sebagaimana yang dia inginkan.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
Kedua, tidak boleh wasiat harta melebihi sepertiga dari total kekayaan. Mengingat sabda Nabi kepada Saad bin Abi Waqash yang melarangnya untuk berwasiat dengan dua pertiga atau setengah dari total kekayaannya. Ketika Saad bertanya kepada Nabi, bagaimana kalau sepertiga maka jawaban Nabi, “Sepertiga, namun sepertiga itu sudah terhitung banyak. Jika kau tinggalkan ahli warismu dalam kondisi berkecukupan itu lebih baik dari pada kau tinggalkan mereka dalam kondisi miskin lantas mereka mengemis ngemis kepada banyak orang.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Ketiga, Dianjurkan agar kurang dari sepertiga, sebagaimana keterangan Ibnu Abbas, “Andai manusia mau menurunkan kadar harta yang diwasiatkan dari sepertiga menjadi seperempat mengingat sabda Nabi ‘sepertiga akan tetapi sepertiga itu banyak’.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Keempat, yang terbaik adalah mencukupkan diri dengan berwasiat seperlima dari total kekayaannya, mengingat perkataan Abu Bakar, “Aku redha dengan dengan apa yang Allah redhai untuk dirinya” yaitu seperlima.” (Syarh Riyadhus Shalihin oleh Ibnu Utsaimin, 1/44).
Kelima, Larangan untuk berwasiat dengan lebih dari sepertiga itu hanya berlaku orang yang memiliki ahli waris. Sedangkan orang yang sama sekali tidak memiliki ahli waris dia diperbolehkan untuk berwasiat dengan seluruh hartanya.
Keenam, Wasiat dengan lebih dari sepertiga boleh dilaksanakan manakala seluruh ahli waris menyetujuinya dan tidak mempermasalahkannya.
Ketujuh, tidak diperbolehkan [baca: haram] dan tidak sah, wasiat harta yang diberikan kepada ahli waris yang mendapatkan warisan meski dengan nominal yang kecil, kecuali jika seluruh ahli waris sepakat membolehkannya, setelah pemberi wasiat meninggal. Nabi shallallahu ‘alaihi wa allam bersabda,“Sesungguhnya Allah itu telah memberikan kepada semua yang memiliki hak apa yang menjadi haknya. Oleh kerana itu tidak ada wasiat harta bagi orang yang mendapatkan warisan.” (HR Abu Daud, dinilai shahih oleh al Albani).
Kelapan, Jika wasiat harta untuk orang yang mendapatkan warisan itu ternyata hanya disetujui oleh sebahagian ahli waris kerana sebahagian yang lain menyatakan ketidaksetujuannya maka isi wasiat dalam kondisi ini hanya dapat dilaksanakan pada bahagian yang menyetujui isi wasiat namun tidak dapat diberlakukan pada bahagian warisan yang tidak menyetujuinya.

Wednesday, January 28, 2015

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:‎ 

‎1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada ‎harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.‎ 

‎2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka ‎simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.‎ 

‎3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut ‎adalah terbatal.‎ 

‎4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian ‎pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.‎ ‎

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan ‎pembayaran hutang simati.‎ ‎

6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas ‎kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.‎ ‎

7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik ‎orang lain.‎

8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau ‎seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi ‎yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.‎

9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:




 Maksudnya: "...Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka ‎bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), ‎sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan ‎hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ‎waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah ‎Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar".‎ 

Tuesday, January 27, 2015

KEPENTINGAN WASIAT

Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata. Asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12.‎ Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka ‎yang tidak diberikan hak.‎ 

Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir ‎harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu ‎peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.‎ 

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:‎ 


Maksudnya: “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. ‎Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam ‎syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan ‎itulah kemenangan yang besar”.‎ 

Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang ‎disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak disenangi ‎keluarga utama.‎ 

Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebab-sebab yang tertentu. 

HUKUM BERWASIAT 

Berdasarkan hadits dari Rasulullah s.a.w., hukumnya sunat;

‎‎“Barang siapa yang mati dalam keadaan berwasiat maka dia telah mati di atas jalan Allah ‎dan Sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan syahid dalam keadaan ‎diampuni dosanya”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)‎.

Walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat di antara para ulamak tentang hukum ‎berwasiat. Percanggahan pendapat ini disebabkan para ulamak mengambil kira banyak ‎atau sedikitnya harta yang ditinggalkan. Secara umumnya berwasiat dihukumkan harus.‎ 

Ada pendapat mengatakan wasiat itu wajib dalam keadaan di mana manusia mempunyai ‎kewajipan syarak yang dikhuatiri akan disia-siakan. Umpamanya hutang kepada Allah dan ‎manusia, misalnya kewajipan zakat atau haji yang belum ditunaikan atau ‎mempunyai amanah yang harus disampaikan atau mempunyai hutang yang tidak ‎diketahui oleh orang lain yang wajib ditunaikan atau mempunyai tanggungjawab atau kontrak yang tidak ‎dipersaksikan.‎ 

Firman Allah s.w.t.;‎ Maksudnya: 



“Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang diantara kamu kelihatan tanda-‎tanda hampir mati, jika dia mennggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan ‎saudara maranya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang ‎bertaqwa”. (QS. Al-Baqarah : 180).‎ 



Monday, January 26, 2015

DALIL WASIAT

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, ‎Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.‎

Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
"...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu ‎perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu ‎wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." ‎‎(QS. Surah An-Nisa': 12)‎

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang ‎mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-‎turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)‎


Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa setiap seorang muslim perlu mempersediakan ‎diri dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak ‎mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kerana kelalaiannya akan mengakibatkan ‎segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.‎ Manakala harta yang ditinggalkannya menjadi rebutan dan perkelahian pewaris yang masih hidup.

Rasulullah s.a.w. turut besabda yang maksudnya: “Orang yang malang ialah orang yang ‎tidak sempat berwasiat”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)‎

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan ‎wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan ‎bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. (Hadis riwayat Ibnu Majah)‎

Tuesday, January 20, 2015

Penulisan, Penyimpanan dan Wasiat

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat Wasiat Islam

  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.


Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta di Brunei Darussalam

Mudah, Cepat dan Berpatutan

Kami ada menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. 


Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.