Wednesday, January 21, 2015

Sebab / Faktor Perebutan Harta

Terdapat banyak faktor penyebab, 1001 satu kemungkinan yang kadangkala terlalu remeh untuk dijadikan alasan. Walaupun sedemikian antara penyumbang utama sebab / faktor terjadinya perebutan harta pusaka simati adalah seperti berikut:




1. Kurang didikan agama – Keluarga tidak mendidik generasi akan pentingnya menuntut bahagian dalam harta simati melalui saluran yg betul apatah lagi mematuhi  hukum hakam agama yg termaktub dalam Al Quran dan Sunnah


2. Tiada kesedaran Agama  - tahu bahawa jika ingin mendapatkan hak sebagai pewaris keatas harta, mestilah mengikut bahagian yang dimaktubkan samada melalui wasiat (yg telah dibuat secara sah) atau melalui Faraid. tetapi atas banyak alasan, ia diingkari demi mendapatkan bahagian yang dituntut.


3. Tamak – tidak berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi atau tidak diperolehi


4. Iri Hati dan Dengki – Cemburu bila ada dikalangan ahli waris yang mendapat lebih dari yang sepatutnya samada dari bentuk wasiat, atau hibah dll dlm wasiat harta pusaka.




5. takut harta jatuh kepada mereka yang tidak berhak – mungkin simati mempunyai anak angkat dan tidak mempunyai waris keturunan yang sah, justeru anak angkat masih boleh mendapat harta dari simati dalam bentuk hibah.


6. Ada Agenda tertentu – waris yang merebut harta mungkin dalam kesulitan (perniagaan bermasalah, banyak hutang, tidak cukup sara diri, berjudi, cara hidup mewah) justeru mendapat hak yang sedikit tidak membantu, maka perebutan harta akan berlaku.


7. Dari Kalangan keluarga Bermasalah / bercerai – Jika simati seorang suami yang meninggalkan lebih dari seorang isteri dan perhubungan pula tidak didalam kondisi yang baik, atau terjadi penceraian antara pasangan dan ia tidak diselesaikan dengan baik.


8. Tidak sabar Menunggu proses pembahagian harta melalui cara yang sah. Ada ketika, walaupun wasiat telah dibuat, tetapi menunggu agar ahli waris semua berkumpul dan bersetuju, akan mengambil masa yang lama dan ini membuatkan sesetengah waris tidak mampu bersabar dan menunggu.


9. Tidak Mahu mengikut kaedah pembahagian yang telah dibuat oleh simati sebelumnya (wasiat) atau tidak bersetuju dgn kaedah pembahagian Faraid.



10. Malas Berusaha – tidak mahu bersusah payah mencari , mengumpul harta sendiri dan mahu mendapatkannya dengan cara yang mudah.

No comments:

Post a Comment