Monday, January 19, 2015

Harta Pusaka

Harta Pusaka ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta yang dapat dialih dan harta tak dapat dialih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang.

Pentadbiran Harta Pusaka penting bagi memastikan Harta Pusaka simati dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak terbiar begitu sahaja. Pentadbiran Harta Pusaka seharusnya diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan penganiayaan berlaku serta menghindari kerumitan waris terhadap harta pusaka itu.



Masalah Berbangkit dalam Pentadbiran Harta Pusaka
  • Tiada pelantikan Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka
  • Dokumen yang diperlukan tidak lengkap seperti ketiadaan Sijil Kematian, Sijil Faraid (bagi yang beragama Islam), dokumen berkaitan harta dan hutang (contohnya buku simpanan bank, geran kereta, geran tanah dan lain-lain).
  • Tiada kerjasama yang baik daripada waris simati. Waris simati tidak hadir ketika perbicaraan dijalankan.
  • Tiada persefahaman dan berlaku persengketaan di antara waris simati.
  • Tanggapan pentadbiran harta pusaka tidak penting dan menyusahkan.
  • Kurang kesedaran dalam perancangan harta pusaka.
  • Berlaku kematian berlapis yang mengakibatkan pentadbiran pusaka sukar untuk diselesaikan.
Jenis-jenis Harta Pusaka
  • Harta Pusaka Berwasiat (Testate)
  • Harta Pusaka Tidak Berwasiat (Intestate Estate)
Peranan Syarikat sebagai Pentadbir Harta Pusaka
  • Mewakili waris di Mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris.
  • Meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenalpasti Penghutang dan Pemiutang simati.
  • Melunaskan segala hutang simati kepada pihak-pihak yang berkaitan.
  • Pengagihan harta pusaka berdasarkan Hukum Faraid (bagi yang beragama Islam) atau Akta Pembahagian (bagi yang bukan Islam).

No comments:

Post a Comment