Wednesday, January 28, 2015

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:‎ 

‎1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada ‎harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.‎ 

‎2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka ‎simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.‎ 

‎3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut ‎adalah terbatal.‎ 

‎4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian ‎pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.‎ ‎

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan ‎pembayaran hutang simati.‎ ‎

6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas ‎kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.‎ ‎

7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik ‎orang lain.‎

8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau ‎seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi ‎yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.‎

9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:




 Maksudnya: "...Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka ‎bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), ‎sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan ‎hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ‎waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah ‎Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar".‎ 

No comments:

Post a Comment