Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa setiap seorang muslim perlu mempersediakan diri dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kerana kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana. Manakala harta yang ditinggalkannya menjadi rebutan dan perkelahian pewaris yang masih hidup.
Rasulullah s.a.w. turut besabda yang maksudnya: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment