Sunday, January 25, 2015

APA ITU WASIAT?




Sejak akhir-akhir ini kita kerap kali mendengar tentang harta dan aset umat islam khasnya yang tidak boleh dicairkan atau sudah  dibekukan.  Semuanya berpunca kerana tiada dokumentasi yang betul, ketiadaan waris dan konflik sesama waris yang menuntut harta pusaka tersebut.  Pernahkah kita mendengar duit yang tidak dituntut sahaja berjumlah ratusan juta yang masih tidak dituntut?  Duit ini datangnya dari akaun-akaun bank yang mana pemegang akaun tersebut sudah meninggal, lupa atau sengaja mengabaikannya.  Duit tersebut tidak boleh diagihkan kemana-mana kerana tiada waris yang menunut, sementara pihak berwajib juga gagal mengesan waris semati. Keadaan bertambah kompleks apabila pihak waris sendiri tidak tahu bagaimana hendak menunut duit tersebut.  Kebanyakannya mereka sendiri tidak tahu waris mereka mati meninggalkan duit dalam akaun-akaun bank.

Pembahagian Harta Pusaka Tertangguh Akibat Tiada Wasiat

Adakah Suatu Hari Nanti Harta Kita Juga Menjadi Harta Tidak Dituntut ?

Wasiat Dari Segi Bahasa


Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. 

Wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia meniggal. Ia juga merupakan suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh ‎seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas ‎berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada ‎fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh ‎itu SEBAIK BAIK WASIAT ADALAH YANG DI TULIS DAN DI SAKSIKAN oleh seseorang tertentu.‎
Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian, wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja. Surat Wasiat ialah surat pengistiharan sah yang mana penulisanya adalah selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasian meninggal dunia. Wasiat juga boleh merupakan surat amanah yang hanya menjadi laku dan sah apabila selepas kematian pewasiat.

No comments:

Post a Comment